Home » » Guru sekolah hilang ketika joging di Bukit Larut

Guru sekolah hilang ketika joging di Bukit Larut

IPOH: Seorang guru Sekolah Menengah King Edward, Taiping dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, Taiping pagi semalam. 

Kehilangan Abdullah Zubir Ismail, 29, disedari oleh rakannya apabila dia tidak pulang ke rumahnya petang semalam.

"Sehingga kini operasi mencari guru berkenaan masih diteruskan," kata Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd Yusof Diah.
Beliau berkata, guru itu dikatakan berjoging seorang diri pada jam 10 pagi dan tidak pulang ke rumah sehingga jam 7 petang semalam. 

"Rakannya yang juga seorang guru di sekolah yang sama membuat laporan polis mengenai kehilangan guru itu," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Mohd Yusof berkata, polis dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melancarkan gerakan mencari sejurus menerima laporan kehilangan guru berkenaan. - BERNAMA 
PBA PBA SN 

Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment