Home » , » Masihkah Anda Ingat Siapa Mona Fendi??

Masihkah Anda Ingat Siapa Mona Fendi??


"Tersebut la kisah, Si Mona Fendy.
Seorang Bomoh kejam tidak terperi,
Berbakat juga dalam bidang menyanyi.
Menetak, mengerat dan melapah daging menjadi hobiSeorang Bomoh kejam tidak terperi,Berbakat juga dalam bidang menyanyi.Menetak, mengerat dan melapah daging menjadi hobi
"


Rasanya semua dah kenal kot dengan perempuan yang sesuai dilabel paling kejam di Malaysia dengan beberapa kes pembunuhan yang sungguh mengerikan!grrrr!!

Kes ni berlaku dah dekat 10 tahun lebih dah (time tu aku kecik lagi).Tapi masih segar lagi di ingatan aku kes ni.



Ketiga-tiga tertuduh iaitu Mona Fendy (kiri), suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman (tengah), dan pembantu mereka Juraimi Hussin (kanan) dibicarakan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.


Mona Fendy mengaku bahawa dirinya seorang penyanyi, dan telah mengeluarkan beberapa album antaranya DIANA1 pada tahun 1987.

Mona Fendy juga telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh itu. Namun, pada waktu Hakim menjatuhkan hukuman, Mona tidak menangisi nasibnya malah beliau tersenyum dan mengatakan " Im very happy now ".
Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi


"Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan. Saya cuma minta maaf to God. I'm not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he the one who do it ( merujuk pada Juraimi)," kata Mohamad Affandi



''Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad,'' kata Mona Fendy


Kronologi Ringkas Kes Pembunuhan Datuk Mazlan Idris. [ADUN Negeri Pahang]:

1993 - Mona, suami, serta pembantunya ditangkap, kerana membunuh Datuk Mazlan Idris dengan mengerat badannya kepada 18 bahagian kemudian menanamnya di sebuah rumah kosong.
1995 - Dibicarakan dan dihukum mati mandatori.
2001 - Tamat riwayat pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. 


Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan diTanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. 

Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diambil dari kisah Mona Fendi



CLICK HERE TO JOIN
Maybankard 2 Cards. 2 is all you need. Find out more.

Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment