Home » » Siapa Nak Berbulan Madu Di Bulan??

Siapa Nak Berbulan Madu Di Bulan??

[176040.jpg]

Barcelona—Anda ingin berbulan madu di bulan? Ini mungkin bukan lagi angan kosong dan anda boleh menempah tiketnya mulai sekarang. Ini kerana, pada 2012 sebuah hotel ruang angkasa sudah menerima tamu untuk umum.

The Galactic Suite Space Resort berpengkalan di Barcelona yang menjanjikan akan membuka hotel ruang angkasa pertama. Dengan belanja 4.4 Juta dolar (RM15 Juta), para pelancong boleh beristirehat selama tiga hari. Kos ini sudah termasuk dengan kos latihan selama lapan minggu di sebuah kepulauan tropis.

Selama bermalam di luar angkasa, pihak penyelenggara berkata, pelancong akan melihat 15 kali matahari terbit dalam sehari dan mengelilingi dunia setiap 80 minit. Dan tentu saja, para pelancong juga boleh berjalan di atas dinding seperti Spiderman.

CEO Galactic Suite Ltd., Xavier Claramunt mengatakan projek perusahaannya ini merupakan industri yang memiliki prospek cerah di masa akan datang. “Di masa depan akan ramai orang yang ingin merasakan berjalan ke luar angkasa,” katanya.

“Ini sangat normal. Anak-anak berusia 15 tahun sudah boleh berehat pada hujung minggu di luar angkasa,” lanjut Xavier.

Galactic Suite Ltd yang mula dibangunkan pada 2007, berharap memulakan projeknya dengan membina sebuah titik orbit berjarak 450 km dari bumi.

Untuk menempuh jarak itu memerlukan kelajuan cahaya 30.000 km/jam. Dua pilot-astronot dan empat penumpang akan melakukan perjalanan selama satu setengah hari bersama-sama.

Xavier mengatakan hingga saat ini sudah ada 200 orang yang tertarik dengan layanan pelancongan angkasanya ini. Sementara 43 orang lainnya sudah bersiap untuk melakukan perjalanan.

Bagaimana dengan Anda? Sanggup??


CLICK HERE TO JOIN
Maybankard 2 Cards. 2 is all you need. Find out more.

Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment