Home » , » 20 Yatim Tertimbus Akibat Tanah Runtuh Di Ulu Langat

20 Yatim Tertimbus Akibat Tanah Runtuh Di Ulu Langat

Rumah Anak-anak Yatim tanah runtuh

Kira-kira 2.30 petang tadi, satu tanah runtuh telah berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat. Setakat pukul 5.30 petang, sembilan daripada 20 kanak-kanak telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).



Tiga daripada mereka telah meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala selebihnya yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan. 


Mangsa tanah runtuh

Orang ramai membantu mengusung mangsa tanah runtuh yang telah meinggal dunia.

asrama anak yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa

Gambar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa sebelum kejadian tanah runtuh


Difahamkan kejadian tersebut berlaku kesan hujan lebat yang turun sejak beberapa hari, yang telah menyebabkan tanah dibelakang asrama mengelongsor dan merempuh asrama berkenaan. Ketika kejadian kesemua kanak-kanak berkenaan dikatakan berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu.

Mangsa tanah runtuh asrama anak yatim
Mangsa tanah runtuh yang berjaya dikeluarkan dari kawasan kejadian.



sumber: Beritaharian

Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment