PUTRAJAYA: Hanya kerana terpengaruh dengan budaya Barat dan ingin menjadi ‘cool’, lebih ramai remaja perempuan berumur antara 13 hingga 15 tahun di negara ini mula merokok sehingga jumlah perokok di kalangan mereka berada pada tahap membimbangkan.
Ia dibuktikan melalui Kajian Tembakau Remaja Global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan jumlah perokok remaja wanita di negara ini meningkat dari 4.2 peratus pada 2003 kepada 5.3 peratus pada 2009, manakala remaja wanita yang pernah merokok juga menunjukkan peningkatan iaitu dari 11.5 peratus pada 2003 kepada 12.4 peratus pada 2009.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kebanyakan mereka terpengaruh dengan budaya Barat, filem, laman web dan Internet.
“Kita lihat trend ini membimbangkan. Jadi, saya ingin menekankan seseorang itu lebih ‘cool’ jika tidak merokok kerana mereka mementingkan kesihatan. “Jangan terpengaruh dengan iklan, filem atau mana-mana media yang menyebarkan maklumat tidak tepat, kami nak tukar trend ini dan mereka boleh menyertai pelbagai program yang disediakan,” katanya.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment