Home » , » Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia


Pelakon veteran, Mahyon Ismail (ibu kepada pelakon Faizal Hussein & isteri kepada Husein Abu Hassan telah meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri hari ini (21 May 2011).

Menurut sumber, Seniwati Mahyon Ismail  mengadu demam dan dibawa ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan kemudian dipindahkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Seniwati Mahyon Ismail sempat menjalani penggambaran drama Serapah Darah Bulan Madu sebanyak 13 episod di Hulu Langat, Selangor minggu lalu.




Allahyarham yang dilahirkan di Tanjong Karang, Selangor mula berlakon filem pada awal 1960-an dan antara filem lakonannya berjudul Nasib Do Re Mi, Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagimu, Bunga Padi Berdaun Lalang, Senja Merah serta Panglima Badul.

Hasil perkahwinannya dengan Hussein Abu Hassan Allahyarham dikurniakan tiga anak iaitu Fadila, 48, Fairuz, 46, dan Faizal, 44, serta lima cucu. 

Al-fatihah....

Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment