Seorang warga Kanada mengurung anaknya yang berusia 21 tahun di dalam kotak kayu selama lapan minggu. Selama dua bulan, Johan melakukan semua kegiatan di dalam kotak berukuran 1,8X2,7 meter itu. Dia boleh berkomunikasi dengan orang luar melalui lubang kecil.
David Knelsen, seorang penganut Kristian Menonit yang tinggal di Bolivia, mengatakan, Johan anaknya patut dihukum kerana mencuri tiga ekor ayam.Johan langsung membantahnya. “Saya pergi, dan ketika pulang mereka marah. Beberapa orang mengikat saya lalu memasukkan saya ke dalam kota ini lapan minggu lalu,” katanya kepada akhbar tempatan.
Polis datang ke rumah keluarga Knelsen setelah mendapat maklumat tentang pengurungan itu pada Khamis (16/6/2011). Mereka memaksa Knelsen mengeluarkan anaknya . Beberapa media tempatan melaporkan Johan juga dihukum kerana menggunakan handset.
Begitu kotak itu dibuka dan Johan keluar dari dalamnya, terlihat beberapa botol berisi cairan berwarna kekuningan dan dua buah bantal. Menurut Johan, botol itu berisi air kencing.
“Saya makan dan tidur di sini. Melakukan semuanya di sini. Makan dan minum, dan mandi di sini,” kata Johan.
Jaksa setempat, Ever Merida, cukup geram mengetahui kes itu. “Menyiksa anak secara fizik dan mental merupakan pelanggaran undang-undang Bolivia,” kata Merida.
David Knelsen boleh didakwa dalam percubaan pembunuhan dan penyiksaan.
Keluarga Knelsen tinggal di wilayah Tres Cruces, Bolivia. Di wilayah itu lebih dari 40.000 penganut Kristian Menonit .
Menonit adalah sekte fundamentalis Kristian yang menerapkan ajaran Alkitab secara ketat. Mereka menolak penggunaan teknologi.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment