Sejumlah harta karun seperti emas, intan berlian dan batu-batu permata bernilai berbilion-bilion ringgit ditemui tersimpan di bilik-bilik rahsia bawah tanah di sebuah kuil abad ke-16 di India.
Khazanah mempesona itu – yang termasuk duit syiling yang dihasilakn ketika syarikat East India Company mendominasi perdagangan dengan benua kecil itu – telah terbiar tidak tersentuh untuk hampir 140 tahun.
Nilai koleksi itu telah dianggarkan sehingga £14 bilion (RM67.9 bilion), dengan penemuan-penemuan baru masih belum dikatalogkan. Pengkaji-pengkaji antik menggambarkan nilai harta karun itu seperti ‘astronomikal’ atau luar biasa.
Antara koleksi yang ditemui ialah jongkong emas dan perak bertarikh dari era Napoleonic, batu-batu permata yang dibalut dalam bungkusan sutera, ribuan kepingan barang kemas bertatah berlian dan zamrud.
Harta karun itu kini sedang dibawa keluar sedikit demi sedikit dari bilik-bilik di kawasan bawah kuil Hindu Sree Padmanabhaswamy di Thiruvananthapuram, ibu kota bahagian selatan negeri Kerala – yang dahulunya negara feudal Travancore.
Menurut penduduk tempatan, generasi-generasi kaya Maharaja Travancore yang membina kuil itu lebih daripada empat abad lalu menghimpun kekayaan yang sangat besar dalam enam bilik kebal batu di bawah tanah, tiga daripadanya tidak pernah dibuka sejak dari 1872.
Kesemua terletak jauh ke dalam relung kuil di hujung tangga curam yang gelap dan merbahaya.
Bilik-bilik itu kini telah diterangi dengan lampu dan dipamkan penuh dengan oksigen untuk membantu tujuh anggota pasukan menggali yang termasuk pegawai-pegawai agama tempatan, ahli-ahli arkeologi dan seorang wakil Maharaja Travencore Maharaja terkini.
Maharaja Travencore merupakan penjaga kuil berkenaan sekarang.
Pakar menganggarkan harta karun itu bernilai antara £10-£14 bilion (RM48.5-RM67.9 bilion), tetapi itu belum lagi nilai muktamad kerana penemuan baru terus timbul.
Pengkaji-pengkaji antik berkata, ia akan mengambil masa lebih lama untuk menilai dengan pasti harta karun itu kerana nilai sejarah semua benda yang ditemui semula perlu ditaksir bersama dengan nilai intrinsik mereka.
Laporan menyatakan selain lebih daripada 2,500 poun duit syiling emas dan batu-batu permata, harta karun yang diambil semula dari bilik kebal ‘A’ termasuk tali emas; idola Tuhan Hindu Vishnu yang setinggi 3kaki 6 inci yang bertatah dengan berlian, zamrud dan batu-batu delima, serta rantai emas sepanjang 18 kaki dan seberat 75 poun.
Sumber-sumber rasmi berkata bilik kebal ‘B’ dan ‘E’ akan dibuka dan dijangka akan menghasilkan lebih banyak harta karun diraja.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment