Nabila Huda Suhaimi, 27, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun hidup berumah tangga.
Permohonan cerai yang hendak difailkan semalam, 22 Ogos di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak dapat diteruskan kerana Nabila terlupa membawa sijil nikah mereka.
“Memang tidak bagus bila hendak berpisah. Pada awalnya saya cuba untuk bertahan, tetapi bila fikir balik memang tidak boleh. Kiranya, jalan terakhir adalah bercerai dan ini adalah yang terbaik buat kami berdua.
“Buat apa hidup bersama jika tidak gembira. Dan itulah yang saya rasakan selama tempoh kami berkahwin.”
Ditanyakan lebih lanjut, apakah permasalahan yang wujud dalam rumah tangga mereka, Nabila atau lebih mesra disapa Abil mengakui sudah tidak wujud persefahaman antara mereka.
“Saya tidak boleh rasa sangsi terhadap suami. Saya akui kekurangan saya dan saya terima juga kekurangan suami. Tidak perlu untuk burukkan sesiapa bila perkara sebegini terjadi.
“Apa yang saya boleh katakan, memang sudah tidak ada persefahaman antara kami. Saya anggap cukup di sini sahaja jodoh kami berdua,” ujar Abil lagi yang menafikan wujudnya orang ketiga di dalam hubungan mereka.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment