Home » , , , » Surat Hampir 24 Tahun Ditemui Dan Berbalas

Surat Hampir 24 Tahun Ditemui Dan Berbalas



Moscow - Hampir suku abad dahulu selepas seorang budak German , membuang mesejnya kedalam laut Baltic, bulan March 2011 barulah dia mendapat jawapannya. Daniil Korotkikh, 13 tahun, seorang budak Russia, sedang bersiar-siar bersama ibu dan ayahnya di tepi pantai. Tiba-tiba dia terpandang satu benda bersinar-sinar di tepi pantai. Lantas dia pun mengutip botol itu.


"Saya ternampak botol itu, dan ia nampak macam menarik. Nampak seperti botol beer German, kemudian saya lihat terdapat kertas di dalamnya...."

Mesej itu dibalut dengan selotep dan kain bandage. Ayah Korotkikh , yang serba sedikit tahu bahasa German cuba mentafsirkan apa yang ditulis di dalam mesej itu. Mesej itu berbunyi :


"Nama saya Frank. Saya berumur 5 tahun. Saya dan ayah saya sedang menaiki kapal ni.. Kami nak ke Denmark. Kalau sesiapa jumpa surat ni, sila lah tulis surat kepada saya, saya akan membalas semula surat kamu itu ... "

Surat yang bertahun 1987 tu, turut mengandungi alamat yang beralamat di pekan Coesfeld. Budak German, Frank Uesbeck sekarang ini sudah pun berumur 29 tahun, dan ibu-bapanya masih menetap di alamat tu.

" Aku ...aku... aku macam tak percaya .." kata Frank kepada pemberita tentang respon Korotkikh terhadap mesejnya 24 tahun yg lalu. Dia pun sudah lupa mengenai trip tersebut 24 tahun yang lalu. Frank telah memberi Korotkikh alamatnya yang baru, dan Frank berjanji akan membalas semula surat dari Korotkikh...




Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment