Rahsia Otak Wanita Ketika Orgasme
Untuk pertama kalinya saintis mengimbas otakwanita saat orgasme. Ternyata, tempoh orgasme wanita lebih lama daripada lelaki, dan ada saraf khusus di dalam otak yang mempengaruhinya. Saintis mendapati bahawa ghairah seksual berkaitan dengan sistem saraf perempuan terbentuk sedemikian rupa sehingga kaum hawa ini tidak banyak merasakan sakit tapi hanya kesedapan.
Penyelidik Amerika Syarikat mendapati bahawa orgasme mempengaruhi sekitar 30 sistem saraf pada otak yang berkaitan dengan sensor emosi, sentuhan, kepuasan, gembira dan ingatan.
Tim dari Tugers University, New Jersey, berharap penemuan ini boleh mmberitahu apa yang terjadi pada otak perempuan ketika mereka orgasme. Selain itu, ini menjadi gambaran tentang persoalan orgasme lelaki dan membandingkan kesan kepuasan pada otak lelaki dan wanita.
Bukti kajian ini juga menunjukkan bahawa perempuan merasakan orgasme lebih lama daripada lelaki, serta dapat mengalaminya secara banyak kali.
Saintis melakukan kajian terhadap lapan perempuan dengan ransangan perasaan orgasme sambil diukur dengan pengimbas Magnetic Resonance Imaging (MRI). Sebahagian besar perempuan memerlukan sekitar lima minit untuk meraih orgasme sedangkan beberapa yang lain memerlukan 20 minit. Banyak perempuan yang ejakulasi pramatang, hehe.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa dua minit sebelum orgasme, pusat otak yang menjadi ttitk ukur kesedapan menjadi aktif. Ini juga biasa terjadi apabila kita makan dan minum.
Ketika mencapai titik puncak orgasme, kawasan lain pada otak juga terkena impak seperti korteks sensor yang menerima mesej sentuhan dari beberapa bahagian badan dan thalamus, yang nantinya menghantar kembali isyarat tersebut ke bahagian tubuh lain.
ketika orgasme pun, beberapa bahagian otak lain menjadi aktif seperti saraf yang bertanggungjawab pada emosi iaitu cingulate cortex dan insula. Bahagian terakhir yang aktif adalah hipothalamus, bahagian kawalan otak yang berpengaruh pada penyaluran suhu tubuh, rasa lapar, haus dan keletihan.
Di waktu yang sama, beberapa unsur otak yang bertanggung jawab pada rasa nikmat menjadi aktif iaitu nucleus accumbens dan caudate nucleus.
Saintis juga mendapati rumusan aktiviti yang berpengaruh pada semua perempuan. Barry Komisaruk, profesor psikologi di Rutgers University New Jersey mengatakan "Pada perempuan, pengeluaran orgasme berkaitan sistem saraf yang meluas pada otak dan tubuh. Jadi, ini boleh menjadi bukti bahawa perempuan merasakan orgasme yang lebih lama dan mampu mendapatkan orgasme banyak kali lebih cepat."
Rata-rata orgasme perempuan sekitar 10 hingga 15 saat sedangkan lelaki sekitar enam saat.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
mmmm, no komen. :)
ReplyDeleteHarimau Lawan Ultramin