Home » , » Setiap Tahun 200 Ribu Peluk Islam Di Amerika Syarikat

Setiap Tahun 200 Ribu Peluk Islam Di Amerika Syarikat


Akhbar New York Times dalam sebuah laporannya, menyoroti perkembangan dan peningkatan pengaruh agama Islam di tengah berbagai lapisan masyarakat Amerika Syarikat. Menurut akhbar ini, setiap tahun lebih dari 200 ribu orang di AS memeluk agama Islam.


Agama Islam terutama di kalangan imigran dari Republik Dominica, Mexico, Cuba dan Sepanyol, mengalami perkembangan signifikan dan majoriti orang-orang di AS yang memeluk Islam berasal dari Sepanyol.

Akhbar ini menjelaskan bahawa menurut sejumlah penelitian, lebih 200 ribu orang di AS memilih menjadi Muslim setiap tahunnya.
New York Times menambah, salah seorang yang memutuskan untuk memeluk Islam adalah Musa Franco, warga Columbia yang memilih agama Islam sejak berusia 13 tahun. Berdasarkan laporan ini, Miriam Celeste Colon, salah seorang perempuan Amerika yang memeluk Islam pada tahun 2002, mengatakan,

“Saya telah mulai membiasakan pakaian dengan cara Islam.” Rodriguez, yang memutuskan masuk Islam pada tahun 2009, mula memakai pakaian Muslimah dan aktif menghadiri acara-acara keagamaan.


Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment