CARACAS, Venezuela — Bekas ratu cantik Venezuela, Eva Ekvall, meninggal dunia akibat barah payudara pada usia 28 tahun Sabtu lalu di sebuah hospital di Houston.
Ekvall, dimahkotakan sebagai Ratu Venezuela pada usia 17 tahun pada tahun 2000, dan dipilih sebagai pemenang ketiga pertandingan Miss Universe di Puerto Rico.
Selepas kejayaan tersebut, dia kemudiannya meneruskan karier sebagai model, aktress dan penyampai di televisyen.
Dia pernah menulis sebuah buku, “Out of Focus” yang menceritakan mengenai perjuangannya melawan barah dan buku itu ditulisnya dengan matlamat menyedarkan orang ramai mengenai keperluan mencegah daripada penyakit tersebut.
Gambar pada muka depan buku itu memaparkan wajahnya dengan solekan dan kepala botak selain imej dalam buku yang turut menunjukkan dia menjalani proses kimoterapi.
“Saya benci melihat foto tersebut yang hodoh. Namun tahukah andam bahawa tiada siapa pun yang menyatakan kepada saya bahawa barah itu indah dan saya perlu kelihatan seperti Miss Venezuela apabila dihidapi barah,” katanya dalam temubual dengan sebuah majalah sebelum ini.
Ketika itu, Ekvall yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia dua tahun yakin bahawa dia mampu mengatasi penyakit tersebut dan berazam untuk menulis lebih banyak buku.
Dalam ada itu, bapanya, Eric Ekvall, berkata, ibunya yang juga dinama sebagai Eva, meninggal dunia pada usia 39 tahun juga akibat penyakit yang sama.
“Sesiapa yang mengenali Eva pasti tahu dia tidak pernah mengalah dan berjuang untuk mendapat apa yang dihajatinya,” katanya.
Sementara suaminya, John Fabio Bermudez telah memuat naik gambar terakhirnya bersama Ekvall di dalam twitter.
Dalam gambar tersebut, Fabio memegang tangan isterinya yang sedang terbaring lesu di atas katil.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment