Home » , » Bom Palsu – Halang Suami Jumpa Kekasih

Bom Palsu – Halang Suami Jumpa Kekasih


CALIFORNIA – Seorang wanita yang marah dengan suaminya yang disangka akan menaiki kapal terbang untuk bertemu kekasihnya telah membuat panggilan mengenai bom palsu bagi menghalang suaminya itu daripada menaiki pesawat di Lapangan Terbang Los Angeles.

Johnna Woolfolk telah menghubungi AirTran Airways pada 27 November lalu dan mendakwa suaminya yang dalam perjalanan untuk menaiki penerbangan ke Atlanta telah membawa bom.
Lelaki berkenaan kemudiannya telah ditangkap di lapangan terbang tersebut.

Namun dia kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa dia sedang berdepan dengan masalah dalam perkahwinannya dan isterinya pula mahu dia terus kekal dalam perkahwinan berkenaan.

Berikutan itu, Johnna Woolfolk, telah didakwa membuat panggilan palsu dan memberikan maklumat yang mengelirukan.
Dia dijangka mengaku salah dalam perbicaraan yang dijadualkan pada 9 Januari depan.

Menurut peguam belanya, Gordon Turner, anak guamnya itu yang berusia 50 tahun, telah menyedari bahawa tindakannya itu adalah salah.

Malah dia bertindak demikian kerana tertekan kerana terpaksa menjaga ibunya yang nazak di rumah mereka.

“Dia juga bertambah tertekan kerana percaya suaminya yang dikahwini sejak 30 tahun lalu, mempunyai hubungan suit.

“Ketika kejadian, Johnna mengesyaki suaminya akan terbang ke Atlanta untuk menemui kekasih hatinya itu,” katanya.

Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment