Home » , , » Risiko Menonton Filem Lucah

Risiko Menonton Filem Lucah

hiasan

HUBUNGAN seksual memberikan pasangan atau individu terbabit perasaan ghairah dan nikmat yang luar biasa, malah ia juga mampu melegakan nafsu syahwat seseorang.

Sistem syahwat juga mempengaruhi kesihatan kerana individu sihat dapat menikmati keseronokan seksual yang mantap dan memberi kepuasan dihajati. 


Hubungan seksual yang menyelerakan hanya dapat dikecapi apabila pasangan dalam keadaan sihat, selesa dan mempunyai ‘mood’ membina.

Ini memudahkan mereka menikmati keseronokan dan menghayati rangsangan seksual yang membolehkan mereka melakukan hubungan intim sehingga mencapai kemuncak yang memberi kepuasan.

Jika kebelakangan ini sibuk dengan tugas tertentu, sudah pasti dia hilang fokus atau tumpuan untuk melakukan seks yang menyelerakan, begitu juga pasangannya.


Orang muda mudah mencapai ereksi tapi dalam keadaan ketiadaan ‘mood’, letih atau hilang tumpuan, mereka tidak dapat melakukan seks berkualiti. 

Kemungkinan ereksi tidak kekal atau padat seperti dulu dan mudah layu, terpaksa bergerak lebih cepat dan mencapai ejakulasi lebih awal, atau memaksa diri melakukan seks sebagai tanggungjawab dan bukan kerana menghajatinya. 

Ada juga situasi yang mana individu yang benar-benar menginginkan seks gagal mencapai kepuasan kerana badan letih dan tidak selesa tapi masih meneruskan hajat untuk bersetubuh, yang akhirnya mengecewakan mereka. 

Selain itu, ada lelaki yang pernah berjinak-jinak dengan filem lucah untuk mencetuskan selera atau mahu menghangatkan perasaan syahwat, menjadi kurang hangat ketika bersama pasangan. 

Itu risiko menonton filem lucah. Apa yang sepatutnya tercapai iaitu kehangatan untuk bersama pasangan, hilang begitu saja apabila kehangatan ketika menonton filem terbabit merudum ketika berdampingan dengan pasangan! 

Jika anda jenis seperti itu, lebih baik hentikan amalan berkenaan. Seks memerlukan tahap kesihatan mantap. Jika selama ini tidak mengamalkan gaya hidup sihat, anda perlu segera mengubah tabiat itu. 

Hentikan merokok jika anda merokok, lakukan senaman berkala jika anda tidak pernah melakukannya. Jika gemar mengayuh basikal, pastikan bahagian kelengkang anda tidak kebas kerana ini petanda tekanan kepada urat saraf bahagian yang mengawal ereksi anda. 

Jika mahu memakan makanan tambahan yang diuji kaji dan dapat membantu menghangatkan badan serta memberi tenaga, saya syorkan Tongkat Ali dengan jenama NU-PREP100 yang keberkesanannya ternyata seperti dihuraikan dalam beberapa kenyataan perubatan antarabangsa. 

Akhir sekali, dapatkan pemeriksaan doktor untuk mengenal pasti jika masalah kurang nikmat seks itu bukan akibat penyakit terselindung seperti tekanan darah, diabetes atau masalah kolesterol tinggi.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment