Dalam memenangi hati atau memikat wanita apa yang penting adalah penampailan luaran yang akan memberikan First Impression kepada kaum wanita. Mungkin ada sesetengah tabiat yang dirasakan normal oleh seseorang lelaki, tetapi ia sebenarnya menggelikan wanita apabila melihatnya.
Antara tabiat lelaki yang kurang menyenangkan wanita adalah:
(1) Kuku yang panjang
Ada sesetengah lelaki yang gemar menyimpan kuku yang panjang. Tujuan mereka berbuat sedemikian tidak pula dapat dikenal pasti. Tetapi apa yang pasti tabiat seperti ini menggelikan seorang wanita apabila mereka melihatnya.
(2) Bulu hidung panjang
Mungkin ada sesetengah lelaki yang terlalu malas untuk menjaga penampilan mereka. Tetapi janganlah disebabkan kemalasan itu membiarkan bulu hidung tumbuh dengan bebas dan jayanya. Tabiat ini merupakan perkara yang paling menggelikan wanita.
(3) Nafas berbau
Ada sesetengah lelaki tidak mengambil berat mengenai masalah nafas berbau malah mereka hanya membiarkannya sahaja. Tabiat seperti ini harus ditinggalkan dan sepatutnya mereka berusaha untuk mengatasi masalah nafas berbau kerana ia amat tidak menyenangkan bukan sahaja terhadap wanita, tetapi kepada orang yang berhadapan dengan anda juga.
(4) Masalah bau badan
Sesetengah lelaki mempunyai masalah ini terutamanya mereka yang berbadan agak besar. Cuba mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya kerana bau badan akan menyukarkan orang lain untuk menghampiri anda.Bukan setakat perempuan je yang geli, kaum lelaki lain pon tak selesa dengan bau badan anda.
(5) Rambut terlalu nampak basah
Mungkin lelaki terlalu obses untuk menjaga penampilan rambut mereka sehingga menggunakan minyak rambut secara berlebihan. Bersederhana sahaja terhadap rambut anda kerana rambut yang terlalu basah akan kelihatan seperti bayi yang baru lahir. Tabiat ini perlu dielakkan kerana wanita amat tidak menyukai untuk meluangkan masa mereka bersama pasangan yang seperti bayi baru lahir.
(6) Rambut yang terlalu keras
Ini juga merupakan salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh lelaki. Pemakaian wax juga tidak perlu keterlaluan kerana ia akan membuatkan rambut anda kelihatan keras seperti dawai. Biarkan rambut anda bebas secara semulajadi.
(7) Terlalu banyak bintik hitam di muka
Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak bintik hitam di bahagian muka, berusahalah untuk membuangkannya. Anda boleh membuangkannya secara sendiri atau dengan pergi mendapatkan rawatan. Jangan terus membiarkannya kerana ia akan menggelikan orang lain untuk melihat wajah anda.
(8) Gigi berkarat
Terutamanya kepada lelaki yang merokok, dapatkan rawatan pembersihan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk membersihkan karat-karat yang melekat pada gigi anda.Ini kerana senyuman yang beserta gigi yang berkarat amat menggelikan wanita.
(9) Sendawa
Tabiat ini juga adalah merupakan tabiat yang paling sering dilakukan oleh lelaki. Jangan sesekali sendawa dikhalayak ramai walaupu anda merasakan ia seperti perkara yang biasa kerana ia akan menggelikan orang lain.
(10) Kebersihan telinga
Mungkin disebabkan telinga berada pada kedudukan yang sukar untuk dilihat membuatkan lelaki tidak terlalu mengambil berat mengenainya. Ambil berat mengenai kebersihan telinga anda kerana walaupun ia tidak dapat dilihat, tetapi orang lain mampu untuk melihatnya.
p/s : Mungkin tips-tips ini berguna bg mereka yang ingin memulakan langkah untuk mengenali seorang perempuan. Tapi tak semua lelaki macam nih..perempuan pun ada, lebih teruk daripada lelaki
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment