Ana Raffali Kahwin |
KUALA LUMPUR: Dia hanya bertunang dengan Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim selama 30 minit, kemudian tepat jam 11.55 pagi penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali sah bergelar isteri dengan sekali lafaz, semalam.
Menamatkan zaman dara pada usia 26 tahun dengan Naim, 30, Ana dinikahkan bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor dalam majlis sederhana di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, di sini.
Pasangan yang memakai persalinan berwarna kelabu itu turut bersyukur apabila hubungan terjalin selama tujuh tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan.
“Saya bersyukur apabila hubungan kami berakhir dengan ikatan sah pada hari ini (semalam).
“Majlis ini diadakan secara sederhana tanpa bersanding kerana kami berpendapat perlu mengutamakan perkara wajib dan dituntut agama.
“Kesempatan itu memberi kami berpeluang menemui semua tetamu membabitkan ahli keluarga, sanak saudara dan teman yang sudi meraikan hari bahagia kami,” katanya selepas diijabkabulkan.
Mengulas mengenai cahaya mata, Ana berkata, kedua-dua belah keluarga memiliki keluarga besar tetapi dia enggan menetapkan jumlah anak, sebaliknya berserah kepada rezeki Allah.
Sementara itu, Naim yang bakal menguruskan kerjaya seni isterinya menyifatkan Ana sebagai insan paling istimewa di hatinya.
“Apabila wujud perasaan cinta dan sayang terhadap pasangan, semestinya pandangan mata saya semua adalah terbaik jika ia berkaitan Ana.
“Mengenai pengurusan kerjaya Ana, saya yakin kami boleh bersikap profesional untuk membezakan hal peribadi mahupun karier Ana,” kata Naim.
Ana menerima tujuh dulang hantaran, termasuk mas kahwin dalam bentuk cek bernilai RM11,412, sepasang telekung, seutas gelang emas putih, minyak wangi, sirih junjung, coklat dan manisan.
Sembilan dulang buat Naim pula ialah sebentuk cincin, iPad, kamera, jam tangan dan minyak wangi, dompet, kek, buahan, bunga rampai dan sirih junjung.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment