Home » , , , » Awas!! Kelab Murtad Di Facebook

Awas!! Kelab Murtad Di Facebook


Biadab. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (FB) bagi meraih sokongan masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moralkepada golongan ini.

Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

Pemerhatian medapati sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammads.aw.

Antara pandangan yang dikemukakan beberapa ahli kelab itu ialah mempertikai kandunganayat suci al-Quran, mukjizat nabi selain memapar objek menyamai kemaluan yang digambarkan sebagai perkataan Allah dalam bahasa Arab.

Pengendali kelab itu dipercayai cuba memesongkan akidah pembaca dengan memberikanserba ringkas penerangan isu murtad di neara ini serta pada masa yang sama membuatperbandingan mengenai beberapa negara Islam yang lain.

Selain ahli yang sudah muratd, ahli yang bukan beragama Islam turut mengutuk dan menghina Islam secara terbuka serta memberi gelaran yang melampau bukan sahaja kepada Nabi Muhammad SAW, malah kepada mufti, ulama dan juga umat Islam. - BH


Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment