Home » , , » [DUNIA] Abu Mayat "9/11" Dibuang Di Tapak Pelupusan

[DUNIA] Abu Mayat "9/11" Dibuang Di Tapak Pelupusan


WASHINGTON – Sebahagian daripada abu mayat mangsa yang terkorban dalam serangan 9/11 telah dibuang di tapak pelupusan, demikian laporan yang didedahkan dalam laporan Pentagon selepas siasatan dijalankan ke atas rumah mayat milik tentera di kem tentera udara Dover di Delaware.

Mayat yang tidak dapat dikenal pasti itu akan dibakar sebelum abunya dimasukkan ke dalam bekas kontena dan diserahkan kepada kontraktor persendirian untuk dibuang ke tempat pelupusan.

Biarpun jumlah yang terlibat tidak diketahui namun mereka merupakan mangsa yang terkorban selepas dua pesawat yang dirampas pengganas merempuh bangunan Pentagon di luar Washington, manakala satu lagi terhempas di sebuah ladang di Shanksville, Pennsylvania.

Laporan berkenaan adalah hasil siasatan sebuah panel yang dibentuk bagi mengkaji prosedur pengurusan mayat di kem tentera udara Dover, iaitu pintu masuk utama untuk pesawat yang membawa mayat anggota tentera yang terbunuh di medan perang.

Selepas kes berkenaan terbongkar, Jabatan Pertahanan Amerika Syariat telah menjalankan siasatan selama 18 bulan.

Berikutan itu, tiga pegawai kanannya telah dikenakan tindakan disiplin.

Dalam pada itu, Pentagon ketika mengulas mengenai laporan berkenaan memaklumkan, ini kali pertama mereka dimaklumkan mengenai pengendalian secara tidak sempurna yang dilakukan ke atas mayat-mayat yang terkorban dalam peristiwa 9/11 lalu.

Panel berkenaan turut mendedahkan mayat empat tentera laut yang terkorban selepas pesawat yang mereka pandu dalam latihan terhempas pada 2006 lalu turut dikendalikan dengan cara sama sebelum dibuang ke tapak pelupusan.

Pada 2008, salah seorang isteri kepada mangsa berkenaan menerima bayaran AS$25,000 kerana mengalami tekanan mental selepas mengetahui mayat suaminya dilupuskan secara tidak sengaja.

Amalan melupuskan mayat yang tidak dapat dikenal pasti itu telah dihentikan pada 2008. - suarapeople



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment