Home » » [INFO] Cara Meningkatkan Kecerdasan Otak

[INFO] Cara Meningkatkan Kecerdasan Otak


Otak merupakan pusat segala operasi badan manusia, seperti CPU dalam komputer. Ianya berfungsi 24 jam sehari walaupun semasa kita tidur sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Tekanan, kekecewaan, beban kerja, pemikiran negatif, merokok, minuman beralkohol, dan diet tidak seimbang mempengaruhi keseimbangan otak kita. Ada yang menyatakan bahawa otak berfungsi seperti payung terjun yang hanya berfungsi apabila dibuka atau dikembangkan. Jadi untuk membuka minda dan fikiran anda, cubalah tips-tips berikut:
1. Meditasi


Memperbaiki tumpuan dan fokus otak manusia. Juga boleh menguatkan minda kita. Apabila kita dapat mengawal fikiran dengan baik, ia membimbing fizikal kita untuk melaksanakan sesuatu dengan lebih cekap.

~~Berdoa juga salah satu jenis meditasi tetapi jarang diperkatakan~~

2. Permainan menguji minda dan teka silang kata


Banyak permainan seperti sudoku, teka silangkata dan kuiz membantu meningkatkan kepekaan, tumpuan dan fokus. Ini memberi manfaat dalam mengingat sesuatu dengan lebih mudah dan otak dapat berfikir dengan lebih cepat. 

3. Senaman dan tarian


Apabila anda sihat dari segi fizikal, maka secara automatik anda juga mempunyai minda yang cergas. Menurut kajian, tarian merupakan latihan yang memberi kesan baik yang banyak kepada minda kerana ia mengintegrasikan beberapa fungsi otak sekaligus.

4. Tidur


Sekiranya anda mahu otak anda bekerja dengan baik, anda perlu cukup tidur. Merehatkan otak membolehkan ia mendapat semula tenaga untuk hari seterusnya. Tidurlah sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Jangan lebih tidur, jangan kurang tidur kerana membahayakan kesihatan kita.

5. Makanan seimbang


Makanan seimbang memastikan otak sihat. Elakkan makanan ringan, berkolestrol tinggi, makanan yang dibungkus, merokok dan alkohol kerana kesihatan mental biasanya berkait rapat dengan kesihatan fizikal. Makanan seperti buah-buahan, kekacang, sayur-sayuran dan product dari susu mampu memberikan kecerdasan otak.

6. Berfikiran positif


Berfikirlah secara positif. Salah satu caranya adalah berkongsi kegembiraan, kesedihan dan masalah anda dengan orang lain. Ingatlah bahawa tiada yang mustahil, keberangkalian dan peluang selalu ada.

7. Ketawa


Ketawa adalah pengubat segala kekecewaan. Ketawalah sebanyak yang boleh dan anda boleh membuat orang lain ketawa juga.

8. Belajar sesuatu yang baru dan lakukanlah hobi anda


Cubalah melakukan perkara yang baru seperti bermain muzik, menyanyi, belajar bahasa baru dan sebagainya. Luangkanlah masa anda untuk melakukan hobi yang anda minati bersama rakan-rakan sekurang-kurangnya sekali seminggu.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment