Home » , » Masih Hidup Walaupun Tertimbus Salji Selama Dua Bulan

Masih Hidup Walaupun Tertimbus Salji Selama Dua Bulan


STOCKHOLM 19 Feb. - Seorang lelaki semalam ditemui masih hidup selepas terkandas di dalam keretanya yang tertimbus salji di berhampiran sebatang jalan di kawasan hutan utara Sweden sejak dua bulan lalu tanpa makanan.

Anggota polis negeri Vaesterbotten, Ebbe Nyberg berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai penemuan lelaki terbabit di kawasan kejadian yang terletak lebih 1.5 kilometer dari jalan utama berdekatan pekan Umeaa.

"Seorang lelaki yang menaiki skuter salji ternampak bahagian atap kereta mangsa dan bertindak menghubungi pihak polis selepas mendapati ada orang yang terperangkap di dalam kenderaan terbabit.

"Lelaki yang berusia sekitar 40-an itu berada dalam keadaan yang sangat lemah, kelaparan dan tidak mampu bergerak serta bercakap ketika diselamatkan pasukan penyelamat dan perubatan," katanya. - AFP



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment