Home » , , » Mikha Ingin Berlakon Di Malaysia

Mikha Ingin Berlakon Di Malaysia


IMPAK daripada drama sinetron Nada Cinta di Malaysia, nama Mikha Tambayong mula dikenali peminat-peminat di Malaysia.

Malah, gadis berusia 18 tahun yang kini digosip bercinta dengan pasangannya dalam Nada Cinta iaitu Randy Pangalila terkejut apabila dirinya menjadi kegilaan di kalangan peminat Malaysia sehingga saban hari ada sahaja peminat Malaysia yang menghantar tweet kepadanya.

Bagi pelakon Malaysia, Kamal Adli, 26, pula, dia mengakui berasa bertuah kerana dikenali di Indonesia selepas be berapa kali berulang alik dari Jakarta ke Malaysia untuk mempromosikan filem lakonannya bersama pelakon popular Indonesia, Olivia Jensen, 19, iaitu Gerimis Mengundang.

Malah, hasil daripada propaganda yang dicipta media di Indonesia mengatakan kedua-dua mereka bercinta selepas berlakon bersama-sama dalam filem arahan Ahmad Idham itu menyebabkan ada beberapa penerbit Indonesia berminat mengambil Kamal berlakon dalam drama sinetron mereka.

Kedua-dua pelakon itu kini digandingkan bersama dalam teater Gerimis Mengundang. Teater yang merupakan prekuel daripada filem Gerimis Mengundang itu bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 27 Mac ini.

Ada sebab mengapa Mikha dipilih untuk menjayakan pementasan Gerimis Mengundang.

Mikha penat berlakon

KAMAL dan Mikha dipertemukan khusus untuk
pementasan Gerimis Mengundang.
 

Perasaan sedikit teruja mengiringi pertemuan Kosmo! dengan Mikha Tambayong. Pertama, sebab dia begitu cantik dan kedua, sikap dia begitu sopan dan baik.

Ke mana sahaja jurufoto Kosmo!, Djohan Shahrin Shah memintanya bergambar, dia tidak menolak malah terjadi satu insiden kakinya dinaiki beberapa ekor kerengga.

Selesai sahaja sesi fotografi dilakukan, lantas pemilik sebenar nama Moudy Mikha Maria Tambayong itu diajukan soalan tentang populariti yang diraih di Malaysia menerusi sinetron Nada Cinta.

Akui Mikha, dia hanya mengetahui dirinya popular di Malaysia apabila mendapati pengikut di laman sosial Twitter miliknya bertambah dan kebanyakannya daripada negara ini.

"Setiap hari pengikut di Twitter saya akan bertambah dan kebanyakannya dari Malaysia. Mereka tweet mengatakan sangat sukakan lakonan saya dalam Nada Cinta selain sering bertanya bila ingin bertandang ke Malaysia.

"Saya terkejut dan tidak tahu sama sekali Nada Cinta kini ditayangkan di Malaysia memandangkan sinetron itu sudah ditayangkan di negara saya dua tahun lalu. Saya ketahui juga selepas beberapa peminat di Malaysia memberitahu perkara itu kepada saya," ungkapnya mengenai sinetron Nada Cintasebanyak 244 episod yang mula ditayangkan di Malaysia pada 27 September di Astro Ria. Sambungnya di Kosmo



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment