Home » , » Wanita Bisu & Pekak Jadi Hamba Seks

Wanita Bisu & Pekak Jadi Hamba Seks


LONDON: Seorang wanita muda berasal dari Pakistan yang pekak dan bisu mendedahkan kepada mahkamah Britain bahawa dirinya dikunci dalam sebuah bilik bawah tanah, dirogol dan dipukul selama hampir sedekad selepas diseludup sebelum dipaksa menjadi hamba seks.

Wanita itu yang tidak diketahui usia sebenar, berkata dia berumur kira-kira 10 tahun apabila dibawa ke bandar utara di Manchester sebagai seorang pembantu rumah pada 2000. Mangsa tidak dinamakan atas alasan perundangan.



Sepasang suami isteri dari Pakistan — Ilyas Ashar, 83, dan isterinya Tallat Ashar, 66, — didakwa kerana mengurung mangsa, dituduh menyeludup manusia, melakukan kesalahan seksual serta berkelakuan ganas. Mereka tidak mengaku salah atas tuduhan terbabit.

Bercakap menerusi penterjemah menggunakan bahasa isyarat, wanita itu menceritakan bagaimana dia dipukul dan dipaksa bekerja tanpa gaji, tidur beralas lantai konkrit dalam bilik bawah tanah berkunci dan didera secara seksual.

Apabila pendakwa raya menunjukkan gambar Ilyas Ashar, katanya: “Dia adalah orang yang melakukan hubungan seks dengan saya.” – AP



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment