Home » , » [WANITA] Hukum Mencukur Bulu Kening, Bulu Kaki dan Bulu Roma

[WANITA] Hukum Mencukur Bulu Kening, Bulu Kaki dan Bulu Roma

Tips Buat Wanita Muslimah | Hukum Mencukur Bulu Kening, Bulu Kaki dan Bulu Roma 

Menghilangkan bulu alis (Bulu Kening ) termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo termasuk salah satu dosa besar,kerana Rasulullah S.A.W bersabda :

“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah.”

Ertinya : “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis (Bulu Kening) dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” [Hadith Riwayat Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124]



Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadith tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.

Tips Buat Wanita Muslimah | Hukum Mencukur Bulu Kening, Bulu Kaki dan Bulu Roma 

Mencukur bulu kaki dan bulu roma bagi kaum wanita juga dilarang sebagai mana di dalam hadits berikut,Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits :
“ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo , tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah “ [Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh,Al-Imam Muslim rh,Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh.]
“ Tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang diminta dicukur kening-kening mereka “ di dalam hadith tersebut merangkumi juga wanita-wanita yang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma mereka .
Kaum wanita yang benar-benar mahu menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w mestilah berusaha menjauhi segala gejala-tarikan yang dilakukan oleh kaum Barat yang cuba menyesatkan umat Islam.Tidak sedikit drp kaum wanita Islam yang terpedaya dengan kaum Barat hasil iklan-iklan yang ditayangkan di media-massa .
Oleh itu,wajib bagi kaum lelaki dan wanita beriman mengetahui apakah perkara yang dibenarkan dan apa pula yang dilarang daripada melakukannya.Wanita-wanita
beriman dilarang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma kerana ianya adalah merupakan salah-satu cubaan mengubah ciptaan Allah Ta’ala dan kerana ianya juga dilarang di dalam hadist di atas .Namun,bagi kaum wanita yang mempunyai hormon yang kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yang tumbuh di sekitar bahagia muka,tangan dan kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yang tidak normal,maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut . Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah Ta’ala bahkan ialah termasuk di dalam bab berubat dan mendapatkan rawatan .
Tips Buat Wanita Muslimah | Hukum Mencukur Bulu Kening, Bulu Kaki dan Bulu Roma 


HARUS dicukur jika bulu kaki wanita itu lebat dan banyak sehingga menyerupai kaum lelaki . HARUS dicukur bulu romanya jika ianya tumbuh secara tidak normal dan memalukan wanita itu dan HARUS pula digunting sedikit kening dan di betulkan jika kening yang tumbuh itu panjang dan menyebabkan wanita itu merasa rendah diri .

Adapun jika seseorang wanita itu “ saja-saja “ mencukur bulu kaki dan bulu roma serta kening mereka tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak dan tanpa sebab untuk merawat ( setelah disahkan oleh doktor yang amanah bahawa itu adalah penyakit ) maka di saat itu TIDAK ADA SEBAB UNTUK WANITA ITU MENCUKUR BULU-BULU ROMA DAN BULU-BULU KAKINYA.

Sumber copy : Tipsbuat.com


Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment