Home » » 16 Tukang Urut Warga Asing Ditahan

16 Tukang Urut Warga Asing Ditahan

urut seks

PETALING JAYA – Polis menahan 16 tukang urut warga asing yang tidak mempunyai permit serta menyalahgunakan pas lawatan sosial dan dua lelaki tempatan dalam serbuan berasingan di Kota Damansara di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua serbuan dijalankan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama ke atas sebuah pusat refleksilogi pada pukul 8.30 malam, enam wanita warga China dan empat wanita warga Thailand ditahan kerana tidak memiliki permit.

Beliau berkata, seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis itu ditahan, manakala kesemua wanita warga asing yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 28 hingga 40-an didapati tidak mempunyai permit kerja serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Katanya, premis itu yang beroperasi sejak lebih tiga bulan lalu pernah diserbu sebelum ini bukan sahaja memberi perkhidmatan urutan biasa malahan dipercayai menawarkan khidmat seks tetapi hanya kepada pelanggan tetap sahaja.

Arjunaidi berkata, dalam serbuan ke atas premis kedua, seorang lelaki tempatan yang merupakan premis berkenaan serta lima wanita dan seorang lelaki warga China yang berusia dalam lingkungan 27 hingga 30-an ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial masing-masing.

“Premis itu yang beroperasi sejak tiga bulan lepas hanya menawarkan urutan biasa dan tidak menawarkan sebarang khidmat seks bagaimanapun premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan sah,” katanya. – BERNAMA 



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment