Home » , » 4 Suara Afdlin Shauki Dalam Filem Thai

4 Suara Afdlin Shauki Dalam Filem Thai


KUALA LUMPURAfdlin Shauki memperlihatkan bakatnya dalam bidang lakonan apabila dia meminjamkan suaranya untuk melakonkan empat watak berbeza dalam sebuah filem Thailand yang telah dialih suara bertajuk Berani Punya Budak baru-baru ini.

Menurut pelakon berusia 41 tahun ini, dia bukan setakat meminjamkan suaranya untuk melakonkan watak-watak lelaki, malah dalam filem yang akan ditayangkan di seluruh negara tidak lama lagi itu, Afdlin turut menjiwai watak suara pelakon wanita yang juga heroinnya.

“Kalau untuk meminjamkan suara untuk watak lelaki saya memang tidak ada masalah. Tetapi untuk melakonkan suara watak heroin dalam filem Berani Punya Budak, saya terpaksa ‘mengepitkan’ suara saya seperti seorang wanita. Dengan cara itu barulah keluar ‘suara perempuan’ saya.


“Filem itu paling mencabar kemampuan saya dalam bidang alih suara kerana saya meminjamkan suara saya untuk empat watak dan gaya suara yang berbeza. Penghayatannya juga berbeza di mana ia memerlukan daya kreativiti yang tinggi bagi mendapatkan kelainan itu,” ujarnya.

Filem Bola Kampung The Movie merupakan arahan Ah Long terbitan Animasia Studios Sdn. Bhd. pula merupakan filem tempatan yang turut menggunakan khidmat suara Afdlin bagi melakonkan watak kartun dalam filem animasi yang menelan kos hampir RM6 juta.

Jelas pelakon berbadan gempal yang juga merupakan seorang pengarah dan penulis skrip ini, dia berasa teruja meminjamkan suaranya termasuklah dalam filem animasi kerana cabarannya yang bukan kepalang tetapi juga telah meminatinya sejak dari kecil.

“Meminjamkan suara sama ada dalam filem cereka atau animasi sangat mencabar berbanding berlakon dalam sesebuah filem itu. Ini kerana, dalam bidang alih suara saya hanya meminjamkan suara berbanding kalau berlakon saya menggunakan kesemua anggota saya,” katanya lagi.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment