Home » » Abang Lacur Adik Sendiri

Abang Lacur Adik Sendiri

[HM] KOTA KINABALU: Abang tiri durjana. Itu gelaran paling sesuai kepada seorang lelaki apabila tergamak menjadi bapa ayam memperdagangkan tubuh adiknya berusia 15 tahun sebagai pelacur bagi melayan pelanggan kemaruk seks di sebuah hotel murah di Kampung Air, di sini.

Kegiatan lelaki dan gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), terbongkar apabila sepasukan polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat, Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, menyerbu hotel terbabit, jam 2 pagi, Selasa lalu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra, berkata sebaik pintu bilik dibuka, polis mendapati pelajar terbabit sedang melayan seorang pelanggan. 

Beliau berkata, susulan penahanan gadis itu, polis memberkas seorang lelaki berusia 22 tahun di kawasan berhampiran dipercayai menjadi bapa ayam.

“Siasatan juga mendapati lelaki berkenaan abang tiri kepada pelajar itu,” katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, di sini, semalam. 

Chandra berkata, siasatan lanjut turut mendapati gadis terbabit pernah ditahan dua kali atas kesalahan yang sama pada pertengahan tahun lalu dan terakhir Selasa lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati gadis itu melakukan kegiatan pelacuran di sekitar bandar raya sejak setahun lalu.

"Pelajar itu menjual tubuh semata-mata untuk mencari pendapatan sampingan disebabkan desakan hidup.

Siasatan mendapati pelajar itu menetap bersama ibunya yang berpisah dengan bapanya, selain menjadikan kegiatan pelacuran bagi mendapatkan wang dengan mudah."



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment