Home » » Budak Tiru Aksi Naga Terbang Nyaris Maut

Budak Tiru Aksi Naga Terbang Nyaris Maut


China – Seorang budak berusia tiga tahun nyaris maut selepas terjatuh daripada tingkat lapan sebuah bangunan pangsapuri di Nanjing, gara-gara meniru aksi kartun naga terbang yang ditontonnya dalam televisyen.

Xiao Kuankuan, terselamat kerana memakai jaket tebal ketika terjatuh di atas tanah.

Dia kemudiannya dihantar segera ke hospital.

Keadaannya semakin stabil selepas menjalani pembedahan di bahagian limpa dan memerlukan satu lagi pembedahan untuk tangannya kirinya yang patah.

Kejadian itu disedari oleh jirannya, Ma Shaolin, yang sedang menjemur pakaian.

Dia kemudiannya mendengar bunyi kuat dan mendapati seorang budak terbaring dalam keadaan hidung yang berdarah.

Ma bertindak segera dengan memanggil seorang pegawai kemasyarakatan di situ dan mereka membawa budak berkenaan ke hospital dengan bantuan seorang pemandu van.

Doktor yang memeriksa budak itu kemudiannya memindahkan Kuankuan ke sebuah hospital lain bagi membolehkan pembedahan yang agak sukar dilakukan di hospital berkenaan.

Menurut doktor, jika Kuankuan tidak dibawa segera ke hospital, dia mungkin meninggal dunia akibat limpanya yang pecah.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment