Menyirap darah penulis pagi ini bila baca berita yang kononnya kerajaan dijangka membuat keputusan untuk membenarkan syarikat telekomunikasi (telko) tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna prabayar berkuatkuasa pada 1 Julai depan.
Kononnya, mengikut sumber yang dipetik oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaannya.
Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan itu, pendapatan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini di mana mereka terpaksa menyerap cukai perkhidmatan itu berbanding dikenakan kepada pengguna.
Dalam hati terdetik juga, gila apa kerajaan nak buat keputusan yang sungguh ‘tidak popular’ ini, maklumlah jumlah mereka yang pakai kad prabayar ni bukannya sedikit jumlahnya.
Namun lega rasanya bila SKMM dalam kenyataannya sebentar tadi menjelaskan yang ia tidak pernah mengeluarkan sebarang memo kepada pembekal perkhidmatan selular mengarahkan mereka melaksanakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus seperti yang diperkatakan itu
Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi yang agak marah dengan laporan tersebut berkata, “laporan tersebut adalah spekulasi semata-mata dan tiada arahan telah dibuat mengenai isu ini.
Sharil memberitahu perbincangan sedang dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar pengguna akan terus menerima perkhidmatan komunikasi pada harga yang berpatutan.
Sebarang tindakan mengenainya akan mengambil kira kepentingan rakyat dan SKMM akan memastikan supaya rakyat tidak dibebankan, kata beliau.
Katanya, pihak media dinasihatkan supaya memperbetulkan laporan tersebut dengan segera kerana ia mengelirukan pengguna.
Syukurlah, bukan apa, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kerajaan kena bersikap lebih adil terutama dalam benda yang melibatkan kos sebegini.
Apapun terima kasih kerana kerajaan menyedari mengenainya, kalau tidak dah tentu satu hal pengguna terpaksa menanggung beban kenaikan tersebut.
Kepada SKMM, tahniah juga kena prihatin dengan keadaan ini dan segera muncul dengan kenyataan untuk membetulkan spekulasi itu.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment