Home » » Gadis Diculik Ketika Membeli Topup

Gadis Diculik Ketika Membeli Topup


KUANTAN 19 Mac 2012 - DARI kiri, Nor Mala Mohd. Lazin, bersama suaminya, Mahadi Muda dan anak mereka, Siti Nurul Aishah, menunjukkan gambar anak sulung mereka, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, (gambar kecil) yang didakwa dilarikan oleh sebuah kenderaan berwarna gelap ketika hendak membeli kad tambah nilai telefon bimbit di sebuah kedai berhampiran dengan rumah mereka di Taman Tas di sini hari ini.

Kata Nor Mala, dia terkejut apabila dua anak kembarnya itu pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.

Mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali, katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361.

Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment