MANCHESTER – Kebanyakan wanita melayari Internet untuk mencari pakaian, kasut atau tawaran diskaun namun seorang pengurus kelab malam, Louise Grant, 25, menggunakannya untuk mencari teman tidur, lapor sebuah akhbar semalam.
Grant berkata, sehingga kini dia sudah meniduri 200 lelaki yang ditemui di Internet atau secara purata seorang lelaki setiap lima hari.
Katanya, pada satu ketika dia pernah melakukan hubungan seks dengan tiga lelaki dalam hari yang sama.
“Saya tidak dapat menjelaskan keseronokan berjumpa dengan orang yang tidak dikenali dan kemudian melakukan hubungan seks. Ia satu ketagihan.
“Ada orang menggelar saya sebagai jalang tetapi saya bukan seperti itu kerana semua lelaki berkenaan akan saya hubungi. Mereka juga perlu mengikut kehendak saya,” katanya.
Gadis yang berasal dari Manchester tersebut mula menggunakan Internet untuk seks selepas putus tunang dengan kekasihnya tiga tahun lalu.
Dia yang berasa kesunyian kemudian menggunakan laman webFacebook dan hari berikutnya Grant keluar bersama lelaki pertama diikuti dengan hubungan seks. – Agensi
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment