Home » » Kenali Tanda Seseorang Itu Menipu

Kenali Tanda Seseorang Itu Menipu


Berbohong, cakap bohong atau menipu wujud dalam hampir setiap perhubungan. Apa yang membezakan hanya sebesar mana bohong tersebut atau hanya sekadar apa yang disebut berbohong sunat.

Selalunya, susah bagi mengenal pasti seseorang itu bercakap bohong. Tetapi terdapat beberapa tanda yang boleh diperhatikan untuk mengetahui sama ada si dia bercakap benar atau bohong:

1. Tekaknya jadi kering

Menyembunyikan sesuatu agar tidak diketahui orang lain boleh membuatkan seseorang berasa gugup dan tubuhnya dalam keadaan tidak senang duduk.

Presiden Institut Bahasa Tubuh Amerika Syarikat (AS) dan penulis buku, You Say More Than You Think, Janine Driver, berkata, penyelidikan mendapati bahawa apabila rahsia yang disembunyikan itu terlalu besar sehingga membuatkan individu tersebut risau akan kehilangan sesuatu yang penting jika didedahkan, membuatkan otot esofagus (bahagian salur makanan yang terletak di antara tekak dan perut) akan mula mengecut menyebabkan tekak kering.

"Jadi jika dia mula kerap menelan air liur ketika bercakap, dia sebenarnya cuba untuk melonggarkan otot tekak.

"Beri perhatian pada tajuk perbualan dan anda mungkin akan dapat sedikit bayang apa rahsia yang si dia cuba sembunyikan."

2. Secara tiba-tiba mahu lebih kerap melakukan seks

Hah! Ini tanda untuk orang yang dah berkahwin saja. Bagi remaja suci, main jauh-jauh!

Memang mungkin suami berada dalam mood untuk hubungan intim tetapi keinginan seks yang mendadak juga boleh jadi petanda sesuatu yang tidak kena.

Ahli psikologi di Florida Amerika Syarikat, Krista Bloom berkata, seorang lelaki yang menyembunyikan sesuatu tidak mahu atau akan mengelak untuk terbabit dalam perbincangan yang beremosi kerana dia takut kalau-kalau terlepas cakap dan rahsia terbongkar.

"Sebaliknya, disebabkan dia menyayangi anda, dia akan mencari jalan untuk mengisi 'kekosongan' dengan anda itu secara fizikal," katanya.

Namun memandangkan terdapat pelbagai perkara yang boleh mencetuskan dorongan seks, jangan tuduh si dia tanpa mendapatkan penjelasan terlebih dahulu.

3. Beri banyak maklumat

Jangan terpedaya oleh si dia yang memberi terlalu banyak maklumat remeh-temeh mengenai di mana dia berada atau apa yang dia lakukan.

Pada mulanya ia mungkin kelihatan disebabkan dia banyak memberi penjelasan maka dia boleh dipercayai. Tetapi sebenarnya dia mungkin cuba untuk menutup 'tembelangnya'.

Jika dia bercerita dan anda dapati dia membebel perkara-perkara yang tidak berkaitan atau kurang penting, itu adalah tanda amaran.

Sangkaan ini kemungkinan besar betul jika anda dapat kesan apabila percakapan si dia banyak terhenti-henti (pause) kerana ini bermakna dia cuba untuk mereka lebih banyak fakta.

Cuba fikir secara logik apabila kita bercakap jujur, kita sebenarnya tidak bercakap hingga terlalu terperinci - seperti nama pelayan yang melayan atau warna dinding kedai mamak tersebut - kerana ia bukan kebiasaan dalam kehidupan harian.

4. Tangannya masuk poket

Cuba perhatikan betul-betul apa yang dilakukan dengan tangannya jika anda dapat rasakan si dia cuba menyembunyikan sesuatu.

Apabila seseorang tiba-tiba menyembunyikan tangannya atau menyentuh dari satu anggota badan ke satu anggota badan lain seperti memegang lehernya, ia mungkin cara si dia cuba untuk menenangkan diri.

Tetapi berhati-hati kerana sesetengah lelaki memang gemar memasukkan tangannya dalam poket ketika berdiri. 

portalkami


Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment