Home » » Lagi Gadis Dilaporkan Hilang Di Pahang

Lagi Gadis Dilaporkan Hilang Di Pahang

KUANTAN – Seorang lagi pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran, pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang rakannya pada Isnin lepas di Jerantut.

“Pihak polis telah menerima laporan kehilangan pelajar itu daripada keluarganya dan polis akan mengedarkan gambar Nornabila bagi mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mencarinya,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis dialog usaha memerangi jenayah bersama penduduk Taman Tas, dekat sini, malam Rabu.

Beliau berkata pihak polis masih menyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, ibu remaja berkenaan, Norazlina Osman, 47, ketika ditemui di rumahnya di Taman Koperasi, Jerantut berkata anak bongsunya itu keluar bersama seorang rakannya, Norsyazwani Mazlan, 15, dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira 8 malam Isnin lepas.

“Sehingga 11.30 malam itu, Nornabila masih tidak pulang ke rumah, rakannya Norsyazwani ketika dihubungi memaklumkan yang dia telah menghantar Nornabila pulang sebelum itu,” katanya.

Norazlina berkata usaha mencari Nornabila termasuk menghubungi telefon bimbitnya turut dilakukan tetapi gagal.

“Pada 8.04 pagi tadi, satu pesanan ringkas (SMS) telah dihantar daripada telefon bimbit anak saya memaklumkan yang Nornabila selamat,” katanya.

Pada Ahad lepas, seorang remaja perempuan, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dilaporkan hilang disyaki diculik di Taman Tas, Kuantan.

Bagaimanapun gadis yang dikatakan diculik itu sebenarnya mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami. – BERNAMA



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment