BILBAO (Sepanyol) – Impian Manchester United menjulang Piala Liga Europa buat pertama musnah apabila pasukan bimbingan Alex Ferguson ditundukkan 2-1 oleh Athletic Bilbao dalam saingan pusingan kedua di tempat lawan, awal pagi tadi.
Kelab Sepanyol itu hasil bimbingan Marcelo Bielsa mara ke pusingan seterusnya apabila mencatatkan kemenangan dengan agregat 5-3, selepas menundukkan Manchester United 3-2 di Old Trafford pada pusingan pertama, minggu lalu.
Bilbao yang menguasai perlawanan mendahului 2-0 dan hanya melepaskan satu gol hasil jaringan Wayne Rooney pada minit ke-80 iaitu babak terakhir perlawanan.
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini
Sementara itu, di Manchester, pencabar utama saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City turut berputih mata selepas gagal mara ke pusingan seterusnya walaupun mencatatkan agregat 3-3.
Skuad bimbingan Roberto Mancini menang 3-2 di tempat sendiri tetapi Sporting Lisbon mara ke pusingan seterusnya selepas memperolehi kelebihan jaringan di tempat lawan sebaik saja tamat perlawanan awal pagi tadi.
Susulan keputusan itu, Kedua-dua kelab Manchester kini dapat memberikan tumpuan kepada saingan EPL tanpa gangguan perlawanan tambahan di peringkat Eropah. – AFP
0 komen:
Post a Comment