Home » » Peniaga Keranda Berebut Mendapatkan Mayat

Peniaga Keranda Berebut Mendapatkan Mayat


GUATEMALA CITY – Pihak pengurusan mayat di ibu negara Guatemala semakin galak sehingga pengendali bisnes itu mendapat gelaran sinis sebagai ‘Calaqueros’ atau penjual tengkorak.

Mereka sanggup mengejar ambulans, menunggu di luar bilik mayat atau bergegas ke tempat jenayah untuk bertemu dengan anggota keluarga si mati bagi menjual pelbagai pakej pengebumian.

Bandar ini yang terkenal dengan kadar pembunuhan tinggi menyebabkan ramai pengusaha merasuah pihak berkuasa seperti polis dan bomba bagi mendapatkan mayat.

Mereka juga sedia menawarkan bantuan daripada permohonan sijil kematian atau permit pembakaran mayat kepada jualan keranda dengan harga semurah AS$150 (RM515).

Pengendali bisnes ini ada di mana-mana malah sebuah rumah pengurusan mayat di sini terletak dalam bekas bengkel kenderaan yang kini menjual keranda dan pelbagai urusan mayat.

Perang antara beberapa kumpulan samseng dan pengedar dadah menjadikan Guatemala City antara 10 bandar raya paling bahaya di dunia yang mencatat kadar kematian tertinggi. – AP



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment