Home » » Polis Tahan Wanita Bantu Siasatan Tembak di KB

Polis Tahan Wanita Bantu Siasatan Tembak di KB

KOTA BHARU – Polis menahan seorang wanita yang dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kes tembak seorang peniaga pasar malam di persimpangan lampu isyarat berhampiran pintu masuk Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata wanita berusia 36 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Binjai, dekat sini, pukul 4.30 petang, semalam.

“Dengan penahanan wanita terbabit, ihak kami percaya dapat menyelesaikan kes tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan Konvoi 220 buah motosikal berkuasa tinggi sempena Hari Polis ke-205 di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, pagi tadi. – BERNAMA

Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment