NUKU’ALOFA (Tonga) – Kematian Raja Tonga, George Tupou V hari ini diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Lord Tu’ivakano.
Tu’ivakano mengesahkan laporan mengenai kematian Raja Tonga, semalam menerusi pengumumannya di stesen radio awam awal hari ini, demikian menurut sumber kepada AFP.
George Tupou V yang berusia 63 tahun dilaporkan meninggal dunia di Hong Kong selepas dibawa ke hospital.
Tupou V ditabalkan menjadi raja pada September 2006 bagi membawa pembaharuan dalam sistem pemerintahan demokrasi selepas tercetus keganasan di ibu negara berkenaan.
Adik George Tupou V, Tupouto’a Lavaka dijangka mengambil alih tahta pemerintahan. – AFP
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment