Home » » FAM kecewa

FAM kecewa

KETUA Pegawai Eksekutif Chelsea FC, Ron Gourlay (dua dari kiri) menyerahkan jersi pasukan itu kepada Naib Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal pada sidang akhbar Jelajah Asia 2013 Chelsea di Subang semalam yang turut disaksikan Azzuddin (kanan)

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kecewa dengan tindakan wakil Barcelona FC yang menghebahkan kedatangan kelab gergasi Liga Sepanyol itu tanpa merujuk kepada mereka terlebih dulu.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, apa yang dikesalkan ialah tindakan wakil berkenaan yang juga syarikat tempatan mengenai cadangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan pada 10 Ogos depan.
Katanya, tarikh itu tidak sesuai memandangkan umat Islam masih merayakan Hari Raya Aidilfitri.
“Kita bagaimanapun akan membuat pengesahan terlebih dulu mengenai kesahihan wakil berkenaan selaku ejen Barcelona atau tidak, bagi mengelakkan segala masalah berbangkit selepas ini.
“Mereka telah mengadakan perjumpaan dengan saya hari ini (semalam) di Wisma FAM namun saya tidak boleh mendedahkan butiran pertemuan tersebut kerana kedua-dua pihak masih belum mencapai kata sepakat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman kedatangan kelab Liga Perdana England, Chelsea FC ke Malaysia.
Chelsea dijadualkan tiba pada Julai depan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Malaya.
Azzuddin berkata, FAM sentiasa mengalukan-alukan kedatangan mana-mana kelab yang berhasrat mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan, namun mereka perlu mengikut segala prosedur yang ditetapkan termasuk mengadakan perjumpaan dengan FAM terlebih dahulu.
Begitupun, di sebalik perasaan kecewa itu, FAM tetap membuat pertimbangan dengan menunjukkan kesediaan untuk meminda tarikh perlawanan tersebut sekiranya aksi persahabatan itu tetap diteruskan.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment