SHAH ALAM – Polis mengesan seorang lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan mengenai seorang pekerja restoran warga Myanmar yang ditemui mati dengan enam kesan tetakan di sebuah kondominium di Kelana Jaya, Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, lelaki itu dikenali sebagai Phyo, 20-an dipercayai rakan sebilik mangsa dan rakan sekerjanya.
“Mangsa menyewa rumah terbabit bersama tujuh lagi rakan senegara, manakala rakan sebiliknya menghilangkan diri selepas kejadian,” katanya.
Adnan berkata, suspek dan mangsa dipercayai bergaduh akibat berebut seorang wanita warga Myanmar.
Adnan berkata, suspek dan mangsa dipercayai bergaduh akibat berebut seorang wanita warga Myanmar.
“Laporan bedah siasat mendapati kesan kelar di leher, tengkuk dan kedua-dua pergelangan tangan mangsa. Suspek dipercayai menggunakan senjata tajam,” katanya.
Mayat lelaki berusia 20-an itu ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh majikannya dalam keadaan terbaring berlumuran darah atas lantai dalam bilik tidur utama.
sumber-sinarharian
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment