Home » » Potong zakar bapa dan diri sendiri

Potong zakar bapa dan diri sendiri



KUALA TERENGGANU – Gara-gara terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajari menerusi internet, seorang anak sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum bertindak memotong kemaluannya sendiri di Ketengah Jaya, Dungun di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di ibu negara sebelum itu telah memaksa abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.
Suspek yang berusia 40 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian selepas mempercayai ia sebagai persediaan menghadapi kiamat yang kononnya akan berlaku pada Jumaat ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan (gambar) berkata, suspek yang menetap di Balakong, Selangor pulang bercuti bersama keluarganya di kampung sejak minggu lepas.
Namun, selepas lima hari bercuti di kampung, suspek mengambil keputusan menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk berkumpul di rumah tersebut bagi menyampaikan ‘amanat’ yang mustahak. - kosmo



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment