Home » , , » Tiga Mayat Lelaki Bersenjata Berlumuran Darah Terbiar

Tiga Mayat Lelaki Bersenjata Berlumuran Darah Terbiar

KAMPUNG SIMUNUL: Tiga mayat yang disyaki merupakan lelaki bersenjata Sulu yang ditembak mati pada Sabtu masih terbaring di Lorong 5 di Kg Simunul, jalan sepanjang satu kilometer yang terpaksa dilalui oleh beratu-ratus keluarga yang ingin berpindah.

Satu mayat berada di atas bot, satu lagi di atas titian kayu dan yang ketiga di sebuah rumah panjang.

Kawasan sekitar berlumuran dengan darah.

Penduduk kampung berkata, mereka tidak tahu siapa yang akan mengebumikan mayat itu dan mereka menyatakan mengenai ketakutan terhadap mayat berkenaan.

Seramai enam anggota polis turut terbunuh dalam kejadian tembak-menembak itu.

Penduduk kampung di Lorong 5 sudah pun meninggalkan kawasan, dan penduduk luar Lorong 5 dalam perkampungan air kembali pulang.

“Kami tinggal di sini selama lebih 30 tahun. Kami bukan pengikut Sultan Sulu.

“Kami takut selepas insiden tembak-menambak, tidak selamat lagi di sini,” kata salah seorang penduduk kampung yang enggan dikenali.

Tiada anggota polis beruniform atau anggota tentera dilihat pada pagi Isnin apabila penduduk kampung mengemas barang-barang mereka, termasuk peti sejuk, televisyen dan dapur, untuk menetap bersama saudara-mara mereka di tempat lain. - mStar



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment