1. Ana Marie Cox

Cox adalah ketua editor di Wonkette.com, iaitu blog gosip politik di Washington yang dimiliki Gawker Media. Dia mempopularkan blog tersebut melalui penulisannya yang menarik, tajam, dan adakalanya bercorak sarkasme. blog tersebut menjadi blog politik paling berpengaruh di Washington. Selain di blog tersebut, dia juga menulis untuk majalah Time dan blog Time.
2. Ariana Huffington

Ariana adalah pengasas dan editor blog Huffington Post, blog politik paling berjaya di dunia online. mendapat tempat pertama dalam Top 100 Technorati. Dan,yang paling best pendapatan dia dengan blog ini dikatakan mencapai 7 digit dolar AS!!!…giler kaya..
3. Gina Trapani

Gina Trapani adalah pemilik dan editor di Lifehacker, blog mengenai teknologi. Blog ini juga merupakan salah satu blog paling berjaya di dunia online dengan page views lebih dari 7 juta sebulan bulan!!.Selain menulis di blog sendiri, Gina juga sering menulis topik teknologi untuk majalah top seperti Wired, Well loved Science, PC World, dan MacWorld.
4. Mary Hodder

Hodder adalah lulusan universiti Barkeley AS. Pada tahun 2005, dia mendirikan Dabble, blog yang tujuannya membantu orang dalam membuat koleksivideo dan berkongsi video.Dia adalah salah satu blogger yang celik teknologi web baru dan memiliki pengalaman yang banyak dalam menerapkan teknologi-teknologi tersebut.
5. Michelle Malkin

Michelle Malkin adalah blogger dan komentator politik di AS. Dia sering tampil di radio dan tv mengenai isu-isu terhangat dalam poltik AS. Blognya adalah MichelleMalkin.com dengan 200,000 pengunjung setiap hari.
Apa yang menarik kat sini | ||
![]() | ||
![]() | ||
![]() |
0 komen:
Post a Comment