Home » » Cara Elak Hamil/Mengandung Tanpa Niat

Cara Elak Hamil/Mengandung Tanpa Niat


Cara elak hamil atau mengandung tanpa niat mahu berbuat sedemikian telah dilakukan seawal usia 13 tahun bagi remaja perempuan di London. Cara elak mengandung ini ialah dengan menanam implan pencegah hamil atau suntikan yang ditawarkan di sekolah. Alat itu akan dipasang pada lengan dan mengeluarkan hormon ke dalam darah  sebagai cara mencegah kehamilan sementara.


Perbuatan ini adalah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka sendiri. Salah satu syarat rahsia untuk mereka memasang implan itu ialah kakitangan perubatan dilarang mendapatkan kebenaran ibu bapa atau memberitahu ibu bapa pesakit selepas proses tersebut. Cara pasang implan cegah hamil boleh bertahan selama 3 tahun manakala cara suntikan selama 3 bulan sebelum perlu diganti. Cara ini dikatakan lebih murah daripada cara ambil pil cegah hamil.
Cara implan dan suntikan ini kesannya adalah sama iaitu untuk elak hamil tanpa niat ini ditawarkan bagi mencegah kehamilan yang tinggi di negara itu. Walaubagaimanapun, cara elak hamil ini tidak disediakan bagi mereka yang  sudah menunjukkan tanda kehamilanatau tanda awal kehamilan. Kesan sampingan penggunaan cara ini ialah seperti haid tidak menentu, berat badan bertambah dan jerawat. bagi cara suntikan elak hamil pula, ada pakar yang mengatakan kesannya boleh menipiskan tulang.

Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment