Home » , » [FAKTA] Rotavirus Kian Menular Di Malaysia

[FAKTA] Rotavirus Kian Menular Di Malaysia


Semenjak dua menjak nie, Malaysia digemparkan dengan isu penyakit baru yang datang ke Malaysia nie. Rotavirus nie bukanlah sesuatu penyakit yang baru, cuma ia baru menular di Malaysia terutamanya di negeri Perak yang telah mengorbankan dua nyawa bayi. Manakala 2,236 penduduk di Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai telah dijangkiti dengan penyakit ini.

Penyakit Rotavirus ini mulai dikesan pada 27 Januari tahun ini apabila seramai 2,236 penduduk di Hilir Perak dan Batang Padang ini mendapat rawatan yang dipercayai mengalami muntah-muntah dan cirit birit. Rotavirus ini juga berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan yang tidak bersih




Cara untuk mengatasi Penyakit Rotavirus?

Membuat pencegahan awal adalah sangat mustahak seperti jangkitan penyakit yang lain. Antara langkah yang paling berkesan untuk mengelak daripada penyakit Rotavirus ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, sentiasa membasuh tangan dengan sabun sebelum makan dan selepas makan. Begitu juga semasa hendak menyediakan makanan, perkara paling penting adalah membasuh atau mencuci tangan dengan sabun dan air yang bersih.

Rotavirus di Malaysia: Pengesahan, Epidemiologi dan Uji Kaji Makmal

Kaedah pengesanan rotavirus di Malaysia mengikut urutan waktu sesuatu kaedah diperkenalkan di negara maju iaitu mikroskopi elektron, imunoasai, elektroforesis gel poliakrilamid (PAGE) dan kaedah biologi molekul. Kajian epidemiologi infeksi rotavirus pada kanak-kanak di dua hospital di Kuala Lumpur selama 12 bulan atau lebih melaporkan prevalens adalah purata 27%. Prevalens pada pesakit dewasa dengan keluhan diarea adalah 4%. 


Rotavirus tidak dikesan pada neonat tanpa diarea di Hospital Materniti Kuala Lumpur. Satu kajian masyarakat selama 1 tahun di Kuala Lumpur dan kawasan pinggir kota melaporkan infeksi rotavirus berlaku pada 12% kanak-kanak yang menghidap diarea dan 3.2% kanak-kanak tanpa diarea. Diarea rotavirus adalah paling prevalen pada kanak-kanak berusia 7-35 bulan. Prevalen adalah sama pada kedua-dua jantina, kanak-kanak daripada hospital bandar dan desa. Diarea rotavirus berlaku di sepanjang tahun dan terdapat dua kemuncak; prevalens terendah adalah pada musim ‘kering’ di antara kedua-dua musim tengkujuh di Lembah Klang. 


Faktor sosioekonomi dan higen bukan penentuan penting prevalen. Di Hospital Universiti, bakteria enteropatogen, rotavirus dan adenovirus dikesan dalam urutan tahap prevalen yang menurun pada kanak-kanak yang menghidap diarea. Di Hospital Kuala Lumpur dan Institut Pediatrik Kuala Lumpur, urutan adalah rotavirus, adenovirus dan bakteria enteropatogen. Infeksi rotavirus bersama bakteria enteropatogen atau adenovirus jarang berlaku. Rotavirus yang dikesan adalah virus kumpulan A kecuali satu. 


Kebanyakan mempunyai slektroferotip panjang dan serotip 4 (71%). Serotip lain adalah 1, 2 dan 3. Genotip G4[8] yang paling banyak (87%); genotip lain adalah GIP[8] dan G3P[8]. Muntah lebih prevalen secara bererti pada kanak-kanak yang mengidap diarea yang di asosiasi rotavirus berbanding yang tidak diasosiasi rotavirus. 


Prevalen rotavirus di dua ladang ternakan khinzir di Negeri Sembilan dan Melaka adalah 33% pada anak khinzir di Negeri Sembilan dan Melaka adalah 33% pada anak khinzir yang menghidap diarea dan 8% yang tiada diarea. Pola PAGE menunjukkan rotavirus kumpulan A yang paling banyak (78%), sedangkan kumpulan C dan kumpulan B atau E didapatkan dalam proposi yang sama. Sejumlah 19 elektroferotip dikesan. Reagen ujian aglutinasi slaid rotavirus dihasilkan dengan pelekatan pasir antibodi anti-rotavirus jenis poliklon pada permukaan Staplhylococcus aureus dan manik polistiren. Reagen ujian S. aureus memberi aglutinasi tak spesifik dengan sebahagian besar feses diarea. 


Situasi itu diatasi dengan pengeraman feses terlebih dahulu bersama S. aureus biasa. Langkah itu memberi hasil setanding ujian aglutinasi lateks komersial. Dengan partikel polistiren, kepekatan ion dan pH reagen dan sampel adalah penentuan penting kesensitifan ujian dan kemunculan aglutinasi tak spesifik. Pengubahsuaian ujian aglutinasi lateks rotavirus komersial dengan pengurangan isipadu reagen lateks dan sampel ujian mempertingkatkan kadar dan tahap aglutinasi tetapi ia juga menyebabkan aglutinasi tak spesifik dengan sesetengah sediaan reagen.


 Infeksi monyet Macaca fascicularis dengan rotavirus kumpulan A secara makmal bergantung kepada umur: bayi baru lahir, infeksi bersimptom; bayi yang lebih tua, infeksi. Monyet bayi yang dipelihara terpisah dari ibu membolehkan pengesanan pengumuhan feses dan pengamatian feses dilakukan dengan tepat. 


Kajian penularan rotavirus menunjukkan bahagian terbesar partikel rotavirus yang terlekat pada kaki lalat rumah (Musca domestica L.) dipindah ke permukaan sentuhan pertama; kemampuan memindah virus ke lebih satu permukaan sentuhan secara berurutan meningkat dengan sentuhan yang lebih lama dan permukaan yang lembut. –Kritikan Sastera Melayu


via samsulahmad




Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment