Home » , » Gila! Langgar Kekasih Bengang Hubungan Terputus

Gila! Langgar Kekasih Bengang Hubungan Terputus

Lelaki Langgar Kekasih Bengang Hubungan Terputus

NEW JERSEY – Seorang lelaki didakwa dengan tuduhan cubaan membunuh selepas melanggar kekasihnya sendiri berulang kali dengan kereta yang dipandu selepas bengang dan marah hubungan cinta mereka terputus.

Charles Ann, 25, telah menjalinkan hubungan cinta hampir setahun dengan Aena Hong tetapi mengalami masalah kritikal dalam mempertahankan hubungan setahun jagung itu apabila Hong di dikatakan memaksa Ann hubungan itu ditamatkan.

Dalam laporan berita The Wall Street Journal, sebelum insiden tragis itu berlaku, beberapa orang saksi yang menyaksikan kejadian tersebut berkata, mereka melihat seorang wanita yang sedang berjalan kaki sedang bertengkar dengan pemandu kereta Hyundai Sonta pada jam 5 petang di Fort Lee, sebuah pekan kecil di George Washington Bridge.

Pertengkaran itu menjadi lebih buruk apabila pemandu kereta tersebut telah bertindak ganas dengan memecut kereta itu hingga ke seberang jalan dan terus melanggar wanita terbabit sebanyak tiga kali serta melenyek badan wanita itu.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut terus melaporkan kepada pihak berkuasa, namun Hong disahkan mati sewaktu dalam cubaan mendapatkan rawatan di hospital.

Ann yang berasal dari Korea Selatan dipercayai telah menghilangkan diri sejurus kejadian itu berlaku dan meninggalkan kenderaannya berdekatan dengan tempat kejadian.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan Ann bersama-sama dengan sejumlah wang yang banyak dan pasport diri yang ketika itu bersembunyi di rumah temannya dalam rancangan untuk melarikan diri ke luar negara.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment