KOTA BHARU – Polis Kelantan petang ini mengesahkan telah menahan seorang suspek, yang mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan meminta wang tebusan kepada keluarga Dirang, kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar, awal minggu ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, seorang bekas tentera yang berasal dari Machang, tidak ada kena-mengena dengan pembunuhan Dirang.
Sebaliknya menurut beliau, dia hanya mengambil kesempatan dan akan diserahkan kepada polis Johor untuk siasatan lanjut.- SINAR HARIAN

No comments:
Post a Comment