Benda ni berlaku di Yakima,Washington ,lepas pelajar ni berpura2 mengharungi keadaan dimana dia dikutuk oleh pelajar kerana mengandung, dia akhirnya membuat pengakuan.
Yang dia sebenarnya tidak pernah hamil! What the hell!
Rodriguez membuat pengakuan tersebut selepas pada minggu ini dia telah dipaksa oleh guru2 dan rakan2 yang menyangka dia mengandungkan anak haram.So,untuk elakkan spekulasi yang macam nak makan dia,torpakso la dio ni mengaku yang dio tak hamel.
Pelajar yang genius tahap Jimmy Neutron(sebb dia dapat A++ dalam semua mata pelajaran dia) ni mengaku yang dia buat semua tu kerana nak siapkan projek sekolah sendiri2 dia yang bertajuk:Stereotaip, Khabar Angin dan Statistik.
Jadi dengan rasminya dia mendedahkan rahsia dia dengan mengeluarkan bantal yang diikat dengan wayar di perutnya.Memang otak ligat budak ni.
Kajian yang dia buat tu rahsia dan hanya yang terdekat dengan dia je yang tahu.
"Saya mahu membuang bantal ini dan tidak mahu lagi meneruskannya," dia memberitahu para akhbarwan.
Selepas dia mendedahkan perkara yang maha pelik ni ,omg dia mendapat tepukan gemuruh dari 700 orang pelajar .Diorang bangga sebb dia pandai tipu atau sebab dia nak buat projek sosialnya.?entah , aku pun tak tahu.
Pengetua dia yang bernama Trevor memuji sakan budak ni kerana niatnya yang murni itu.
Dia mengorbankan tahun akhirnya semata-mata untuk mengetahui bagaimana perasaannya menjadi seorang ibu pada usia remaja. Saya mengagumi keberaniannya," ujar pengetua Trevor.
Kisah dia ni mendapat liputan yang sangat luas sampai dia diundang untuk menghadiri bicara pagi Today yang popular itu untuk ceritakan pengalamannya.
Sumber: KOsmo online
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
payah cari kejadian dan orang yang rare macam ni,good!!
ReplyDelete