Satu keputusan telah diambil pada satu pertemuan di Puttaparthi yang turut dihadiri oleh Menteri Industri Andhra Pradesh dan penganut J Geeta Reddy, Setiausaha Kewangan Utama, L V Subramanyam, Pengarah Pendidikan Perubatan Ravi Raj dari pihak kerajaan , dan K Chakravarti, Indulal Shah, W Sreenivasan and R J Rathnakar dari pihak ajaran.
Ini mungkin berita baik untuk jutaan penganut ajaran Baba yang bersungguh-sungguh berdoa mengharapkan suatu keajaiban.
Setelah membincangkan keadaan kritikal Baba yang berumur 86 tahun, ahli-ahli di dalam mesyuarat telah membincangkan berapa lamakah sebaiknya untuk menyimpannya di dalam ventilator. Menurut laporan perubatan terkini, walaupun jantung, hati dan buah pinggang Sai Baba di dalam sistem-sistem sokongan, semua organ-organ penting lain sudah gagal.
Akhirnya keputusan telah dibuat supaya Sai Baba akan terus menggunakan ventilator selagi diperlukan dan 'selagi jantungnya berdegup,' menurut satu sumber teratas berkata. "Berdasarkan satu keputusan baru-baru ini Mahkamah Agung bahawa eutanasia tidak dibenarkan untuk jururawat Aruna Shanbaug, ahli-ahli ajaran dan pihak berkuasa memutuskan tidak akan mengambil pilihan untuk menamatkan mesin bantuan hayat Baba," kata sumber itu lagi.
Bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi dan ahli Sathya Sai Central Trust P N Bhagwati telah tiba di Puttaparthi pada hari Sabtu semalam dan mengadakan mesyuarat tertutup dengan ahli-ahli ajaran yang lain.
Sumber-sumber berkata Bhagwati akan mengadakan sidang akhbar pada hari Ahad di mana dia akan menerangkan tahap kesihatan Sai Baba dan aspek kewangan melibatkan pusat ajaran.
Dengan ketidakpastian tahap kesihatan Baba yang berterusan, lebih ramai penganut telah tiba di bandar ini pada hari Sabtu. Kehadiran polis di bandar itu juga bertambah kepada 6,000 kakitangan sebelum Sabtu, sesuatu yang dilabelkan sebagai tidak perlu oleh beberapa polis atasan.
Dua helipad sudah bersedia manakala skrin-skrin LCD telah dibawa tetapi terus disimpan di Kothacheruvu berhampiran Puttaparthi menantikan keadaan yang baik untuk memasangnya.
Ahli-ahli penganut ajaran telah dilaporkan memutuskan untuk mengeluarkan notis kepada beberapa saluran TV yang mengeluarkan laporan tentang kesihatan Baba dan beberapa perkara melibatkan pusat ajaran yang sangat tidak menyenangkan.
"Sebagai jawapan balas, kami telah memberitahu ahli-ahli ajaran menjadi proaktif dengan media. Jika maklumat betul yang disampaikan, tidak perlu laporan berdasarkan khayalan dan imaginasi," kata Setiausaha Kewangan Utama L V Subramanyam.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment