Home » » Hero Lindungi Pelacur

Hero Lindungi Pelacur


Beberapa orang yang memakai pelbagai kostum yang menunjukkan mereka adiwira mengiklankan perkhidmatan di laman Criagslist di Internet untuk melindungi pelacur daripada dibunuh oleh pembunuh bersiri di New York.

Kumpulan adiwira itu yang menggelarkan diri sebagai Inisiatif New York (NYI) menganggap diri mereka mahir dalam seni mempertahankan diri.

Tawaran itu dibuat selepas satu siri pembunuhan pelacur bermula pada Disember lalu dengan kehilangan Shannan Gibert berusia 24 tahun.

Sehingga kini, mayatnya masih belum ditemui tetapi 10 mayat pelacur lain telah ditemui termasuk Maureen Brainard-Barnes, 25, Melissa Barthelemy, 24, dan Amber Lynn Costello, 27.

Sebahagian mayat yang ditemui itu dibuang di belukar di pantai selatan Long Island, New York. Semua mayat dijerut dan dimasukkan ke dalam guni.

Kumpulan adiwira itu akan memakai kostum seperti watak wira super dalam komik dan filem. Antara anggota kumpulan tersebut ialah Shade dan Zero.




CLICK HERE TO JOIN
Maybankard 2 Cards. 2 is all you need. Find out more.

Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment