1. Stelvio Pass Road, Italy
Kawasan timur pergunungan Alps, Italy sungguh mengujakan. Jalan yang berliku zig-zag sepanjang 1.7 batu diatas paras laut ni mempunyai 48 selekoh yang amat sempit dan tajam. Ia kelihatan cantik dari jauh, tetapi bukannya senang merentasi pergunungan Alps dengan keadaan sebegini bukan?
2. Trollstigen, Norway
Trollstigen bermaksud “Tangga Troll” (sejenis makhluk mitos yang terkenal di barat). Dengan selekoh yang amat sempit, hampir mustahil untuk melepasi kereta lain apabila bertembung dan bahaya terlangar dinding batu yang hanya beberapa inci dari jalan apabila anda mengalami vertigo. Mengapa memandu disini? Pelancong tertarik ke sini untuk meliha air terjun 1000 kaki disisi pergunungannya.
3. State road 319, China
Lebuh raya yang panjang dan selalu dilanda badai angin ini sepanjang 1900 batu. Apabila anda menggunakan lebuhraya ini, tiada apa yang perlu anda risaukan kecuali tanah runuh dan selekoh tajam yang boleh mencampakkan anda ke jurang sedalam beribu-ribu kaki dibawah. Selain itu, jalan ini selamat dilalui kerana selalu disinari cahaya lampu dan kelihatan seperti nyalaan api.
4. Col de Turini, France
Terletak di selatan Perancis, laluan sepanjang 20km adalah sebahagian daripada laluan Monte Carlo Rally dengan 34 selekoh maut dan jalan curam yang panjang dimana kereta selalunya memecut pada kelajuan 100 batu sejam. Ia diisytiharkan sebagai ‘one of the greatest driving roads of the world’, tetapi tidak bagi mereka yang mengutamakan keselamatan
5. North Yungas Road, Bolivia
Laluan ini dikenali sebagai the “Road of Death.” Jalan ini merupakan jalan sehala yang sempit, jadi kenapa lori-lori tersebut masih melepasi satu sama lain? adakah pemandu mereka gila? Mungkin ini merupakan satu-satunya jalan yang ada di kawasan tersebut. Kawasan ini selalunya berkabus tebal dan hujan yang menyebabkan tanah runtuh.
6. Taroko Gorge Road, Taiwan (Chungheng)
Terowong tanpa sistem pencahayaan ini bakal mengundang bencana bila-bila masa sahaja. Pelancong menyukai tempat ini kerana ia merentasi taman negara. Sekurang-kurangnya terowong ini dipagari dengan konkrit disisinya.
7. Los Caracoles Pass, Andes
Laluan yang sangat terkenal merentasi pergunungan Andreas yang menghubungkan Chile dan Argentina. Jalan yang licin dan selekoh tajam tanpa penghadang menambahkan lagi gerun pemandu yang melewati jalan ini. Jalan ini diselaputi salji hampir kebanyakkan masanya. Ramai yang lebih rela mengambil tiket penerbangan dari menempuhi jalan ini.
8. Lena Highway, Russia
Juga dikenali sebagai “Highway from Hell”. Jalan ini terhampar selari dengan sungai Lena. Pada musim dingin, jalan ini adalah sangat licin untuk dilalui, manakala apabila musim panas tiba, ia akan dibanjiri dengan banjir lumpur.
9. Guoliang Tunnel Road, China
Ya, laluan ini terletak didalam gunung sepanjang 200 meter, 5 meter tinggi dan 4 meter lebar. Pemandangan yang cantik memang tidak diragukan tetapi jalan ini tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang kecuaian pemandu!
10. Cotopaxi Volcan Road. Ecuador
Jalan ini bukan dibina dengan Tar hitam, tetapi batuan volcanic. Dibina di Cotopaxi, antara tempat gunung berapi paling aktif di dunia. Lebih 50 letusan telah dicatatkan dan ianya masih berterusan.
11. Atlas Mountains Road, Morocco
Dades Gorge di Morocco (Maghribi) mempunyai pemandangan yang mempersona, tetapi jalan disini sememangnya berbelit-belit seperti ular kena palu!
12. The Way to Fairy Meadows, Pakistan
Anda akan faham apabila jurupandu mengarahkan anda supaya jangan memandang ke bawah apabila mengetahui kamu seorang yang gayat. Tiada bantuan, tiada pagar penghadang dan tiada harapan!
13. Grimsel Pass, Switzerland
Dengan ketinggian sebatu diatas aras laut, jalan yang curam ini membawa anda merentasi pergunungan swiss diantara lembah Sungai Rhone dan Lembah Haslital. Jalan ini dilengkapi pagar penghadang dan lampu jalan, tetapi ingat, anda diatas jalan yang sangat curam, jangan fikir anda sudah selamat!
14. Road, Sahara Desert
Merupakan gurun terbesar dan terkejam di dunia, terletak dibenua Afrika. Jika kereta anda tersangkut didalam pasir, jangan risau, seseorang pasti datang. Luasnya gurun ini hanya 3,629,360 square miles je.
15. Halsema Highway, Philippines
Kejadian yang biasa berlaku di laluan yang ‘terpaksa’ dipilih ini adalah gelonsoran tanah, runtuhan batu dan jurang yang menjunam ribuan kaki ke bawah! Kabus yang tebal menggangu jarak penglihatan dan pemanduan. Pemandu bas disini berkata mereka memandu hanya berdasarkan naluri sahaja
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
interesting!
ReplyDeletewow.. jln dier mmg terbaik..
ReplyDeleteBersedia Untuk Bertukar ker Windows 8
gayat2...hihi
ReplyDelete